PENDAHULUAN
Pada
peringkat awal kanak-kanak, pengalaman mereka mampu mempengaruhi pembelajaran
serta perkembangan mereka dan proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan.
Oleh itu, penyediaan pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dan mereka memerlukan
pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa
serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Selain itu, kita juga
perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan serta kesediaan
kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka.
Berhubung
dengan perkara ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003), bahagian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia menyarankan bahawa salah satu daripada
pendekatan yang harus digunakan di Prasekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah pendekatan penggunaan ICT atau pun TMK(Teknologi maklumat
dan komunikasi) dan termasuklah pengintegrasian komputer dalam prasekolah. ICT
dalam Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud penggunaan ICT dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk membantu dalam pencarian
maklumat dan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kecekapan dalam proses dan keberkesanan
P&P.
Dalam
kurikulum prasekolah kebangsaan juga telah dinyatakan bahawa penggunaan komputer
adalah untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dengan rakan sebaya dan memperkayakan
pengalaman pembelajaran. Kementerian Pelajaran juga telah berusaha
untuk menjayakan rancangan ini dengan membekalkan kelas prasekolah dengan
sistem computer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah
(Lim Keat Heng, 2007). Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum
pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah,
penggunaan ICT dalam pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak juga, pada
mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak
di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya
boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Namun begitu,
penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan.
Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak
kira di mana juga. Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk
mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di
sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada
guru-guru prasekolah. Masa depan penggunaan ICT di prasekolah Malaysia mungkin akan
jadi seperti di negara-negara barat. Kebiasaannya negara-negara barat akan
melakukan aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran
dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak.
Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio,
di mana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang
pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut.
Selain
itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus:whale and
dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah. Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan
pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Di
sini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain
itu,laman National Geographic Kids
membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan,kraf, aktiviti sains untuk
kanak-kanak (Doris Bergen,2001).
Sistem
kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan
bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah
dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial namun kelebihan ICT juga
amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di
prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk
mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT
agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan.
MASA DEPAN ECE DALAM
ICT
Masa
depan penggunaan ICT di prasekolah Malaysia mungkin akan jadi seperti di negara
barat, contohnya, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web
sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu,mereka juga boleh
memasukkan suara mereka sekali. Selain itu, ICT juga dapat meningkatkan
pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh di atas, penggunaan ICT dapat meningkatkan
penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran
melalui “peer group” yang lebih bersifat global. Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk
menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa
sesi pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini
memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan
bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka
tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih
mencabar minda.
Selain itu, ICT juga sesuai digunakan
untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang
berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk
menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid
terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat memberi
peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Secara
umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta
penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga dapat
memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun
mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Ini akan
sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah
dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu.
Masa depan penggunaan ICT di
prasekolah Malaysia juga mungkin akan mengamalkan penggunaan internet yang
luas. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah
untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan
itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. Penggunaan
peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk
menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak
aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Antara kepentingan internet kepada pelajar
adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka
sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang
melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan
internet. Selain itu, mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan
komputer dengan bantuan internet.
Dimuat turun daripada :
http://www.scribd.com/doc/101204386/ict-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak#scribd