PENDAHULUAN
Pada zaman negara
Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ICT semakin meluas kepada semua
golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi
kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi
ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh
membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara
baru. Namun sejauh manakah ICT boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak
khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ICT juga boleh membawa
keburukan kepada mereka.
|
PENDIDIKAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ?
Pendekatan ini digunakan untuk:
1.
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.
Memperolehi maklumat.
3.
Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan
sebaya.
4.
Memperkayakan pengalaman pembelajaran.
CIRI- CIRI KANAK
KANAK PRASEKOLAH
Kanak-kanak
2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria (penglihatan dan
pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat. Bergantung
kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception). Pengetahuan
kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan.
Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah .
KEPENTINGAN
PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
1.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan
pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif
serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ianya amat menarik
kerana bercorak interaktif. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik,
bunyi, audio dan video.
3.
Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya
tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
ICT. Mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
4.Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan
murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Bahan dapat digunakan berulangkali.
5.Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.
Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh
belajar dan menggunakan komputer di kelas.
6.Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid
untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat
banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang
mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran
7.ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik
berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas
dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Penilaian dapat
dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
8.ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada
penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa
depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
9.Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan
bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun
berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar
mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
10. Membolehkan murid
mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya
kreativiti dan imaginasi mereka. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh
praktikal. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak melalui penerokaan dan
penemuan.
11. Mampu membantu
kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta
memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi
kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan
potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan
kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru.
Kepentingan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Kanak-Kanak
ReplyDeletePenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajarandan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebihmenguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjekyang dipelajari sertamenyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas.
Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalammembantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran
ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasaserta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka
Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh duniadan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT danmelibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru
Info bguna.. Thanks
ReplyDelete