MODEL REGGIO EMILIA
Usia awal
kanak-kanak merupakan masa emas (golden ages), di mana 80% perkembangan otak
kanak-kanak mencapai kesempurnaan. Pada masa ini kanak-kanak harus
dirangsang dengan baik untuk membangunkan kecerdasan pelbagai. Perkembangan
dunia pendidikan mula membuat orang dewasa sedar akan pentingnya pendidikan
kanak-kanak sejak awal dan pelbagai sekolah juga menggunakan pelbagai model
pendekatan pembelajaran untuk menarik perhatian kanak-kanak. Salah satu
pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah Pendekatan Reggio Emilia.
Pendekatan
Reggio Emilia bagi pendidikan awal kanak-kanak telah menarik perhatian
pendidik, penyelidik dan sesiapa saja yang tertarik pada pendidikan awal
kanak-kanak dengan amalan yang terbaik. Bahkan Persatuan Antarabangsa bagi
Pendidikan Awal Kanak-Kanak (NAEYC) telah menyemak semula dari amalan yang
sesuai dengan tahap perkembangan (DAP). Garis panduan ini juga disertakan
contoh-contoh dari pendekatan Reggio Emilia. Ketika ini, Pendekatan Reggio
Emilia telah diterima pakai di Amerika Syarikat, Britain, New Zealand,
Australia dan banyak negara lain.
Pada
tahun 1988 muncul dua orang tokoh yang sinonim dengan pendekatan Reggio Emilia
ialah Lella Gandini dan Baji Rankin. Lella Gandini merupakan seorang penulis
dan guru berbangsa Itali. Beliau melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat
Phd. Kemudian beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada
pendekatan Reggio Emilia dalam Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
di Amerika Syarikat. Lella juga seorang penulis dan editor kepada
penerbitan dalam Bahasa Inggeris dan Itali mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak
dan Cerita Rakyat Itali. Baji Rankin pula merupakan seorang Pengarah Eksekutif NMAEYC, agensi peneraju
bagi T.E.A.C.H. Early Childhood, New Mexico. Baji mengkaji Pendekatan
Reggio Emilia dan komited membina program pendidikan awal kanak-
kanak.
Pendekatan
Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang
lain, termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran
pembelajaran yang aktif. Pendekatan Reggio Emilia melihat anak-anak mempunyai
sikap berdaya saing, kreatif, ingin tahu, imaginasi, intensif dan mempunyai
keinginan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.
Susur galur perkembangan REA di Amerika
Syarikat
Pada
tahun 1988, Persidangan Tahunan National Association for the Education of Young
Children (NAEYC) telah diadakan dan dihadiri seramai 25 peserta khusus untuk
membincangkan pendidikan dan penjagaan awal menurut perspektif Itali. Lella
Gandini & Baji Rankin memberi input berkaitan sebuah bandar kecil di Utara
Itali, Reggio Emilia yang membangunkan pendekatan tersendiri untuk pendidikan
dan penjagaan awal kanak-kanak (1 tahun – usia prasekolah). Siri pameran
bergerak diadakan di New England, New York dan Massachusetts.
Kemudian
pada tahun 1990, Filippini, seorang pendidik Itali telah berkongsi idea baru
mengajar kanak-kanak dalam Persidangan NAEYC di Washington DC. Respon daripada
orang ramai agar REA dapat dilihat dan didengar secara lebih mendalam. Pada
hari ini, REA menjadi sumber rujukan dalam pendidikan dan penjaga awal
kanak-kanak kepada Amerika Syarikat dan negara-negara lain di dunia.
Sejarah Awal Reggio Emilia di Amerika Syarikat
Pada
tahun 1987,REA tiba di Amerika Syarikat melalui pameran bergerak.
1988,Pembentangan REA di Persidangan Tahunan NAEYC.1990,Pendidik awal
kanak-kanak Amerika Syarikat melawat Regio Emilia dan mempelajari tentang REA
dan pada tahun 1991 Prasekolah RE diiktiraf oleh Majalah ‘Newsweek’
sebagai ‘The Best in The World” sehingga penghujung tahun 90-an REA masih
menjadi pendebatan utama di antara AS guru, pengarah program, pendidik awal
kanak-kanak, penggubal dasar kerajaan, dan ahli-ahli pertubuhan kebangsaan yang
terlibat dengan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak.
Sejarah Pendekatan Reggio Emilia
Kaedah
atau pendekatan pendidikan Reggio Emilia Approach (REA), terutama untuk
kanak-kanak berbeza daripada pendekatan konvensional. Pendekatan
REA ini komited dan mencipta keadaan pembelajaran yang menggalakkan dan
memudahkan kanak-kanak untuk membina kekuatan berfikir sendiri melalui
penggabungan seluruh bahasa ekspresi, komunikasi, dan kognitif (Edward &
Forman, 1993). REA ini adalah sebuah sistem yang kompleks, namun sangat menarik
perhatian dunia pendidikan kanak-kanak selama 50 tahun terakhir ini. Pendekatan
Reggio Emilia boleh dipandang sebagai sumber atau inspirasi untuk membantu
pendidik, orang dewasa, dan kanak-kanak ketika mereka bekerjasama untuk
membangunkan program pendidikan mereka sendiri.
REA
diasaskan oleh Loris Malaguzzi dan penduduk di kawasan sekitar Reggio Emilia di
Itali selepas Perang Dunia Kedua. Saat itu, kerana jumlah pekerja lelaki
berkurangan akibat perang, para wanita terpaksa menjadi tenaga kerja di
kilang-kilang dan industri. Ditambah dengan keadaan yang penuh dengan
kehancuran dan kemusnahan harta benda, penduduk Reggio Emilia merasa
perlu ada pendekatan baru terhadap cara mengajar anak-anak mereka. Mereka
merasa bahawa pada tahun-tahun awal perkembangan kanak-kanak mereka membentuk
diri mereka sebagai seorang individu. Bermula dari pemikiran inilah lalu
diciptakan sebuah program yang berprinsip rasa hormat, tanggungjawab dan
kebersamaan melalui penerokaan di dalam persekitaran yang menyokong dan
memperkaya minat kanak-kanak.
Kurikulum REA
Visi
Reggio Emilia tentang kanak-kanak sebagai pelajar yang berkebolehan telah
menghasilkan kanak-kanak yang cerdas mengikut model kurikulum REA ini.
Kurikulum yang dibina adalah berdasarkan kepada kepentingan kanak-kanak. Topik
untuk kajian diambil daripada perbualan kanak-kanak, masyarakat atau keluarga
melalui peristiwa, serta kepentingan yang diketahui kanak-kanak misalnya
takungan air, bayangan, dinosaur, dan lain-lain lagi.. Pasukan perancangan
adalah komponen penting dalam membuat kurikulum. Guru bekerjasama untuk
merumuskan hipotesis tentang kemungkinan arah dari suatu projek, bahan-bahan
yang diperlukan, dan mungkin orang dewasa dan sokongan serta penglibatan masyarakat.
Kurikulum
ini bertujuan untuk kemajuan kanak- kanak tetapi kurang ruang lingkup dan
urutan. Guru mengikuti kepentingan kanak-kanak dan tidak memberikan arahan
fokus dalam memberikan pengajaran. Pendekatan Reggio Emila mempunyai keyakinan
yang kuat bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain,
termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan di persekitaran belajar yang
ramah.
Kanak-kanak
digalakkan untuk menggambarkan pemahaman mereka melalui salah satu dari bahasa
simbolik, termasuk gambar, patung, bermain drama, dan menulis. Mereka bekerja
bersama-sama menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Guru sebagai pemudah
cara dan kemudian mengamati perdebatan mengenai sejauh mana kanak-kanak mampu
menyelesaikan masalah. Semakan gambar (dan idea) dilakukan jika perlu, dan guru
membiarkan kanak-kanak untuk mengulangi kegiatan dan mengubah setiap hasil
kerja dalam tujuan kolektif pemahaman topik yang lebih baik. Guru terlibat
dalam proses penerokaan dan penilaian, dan memerhatikan semua hasil
perkembangan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah mengikut pemahaman mereka.
Teras
kurikulum Reggio Emilia adalah perancangan projek sebagai hasil dari minat
kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Projek ini terhasil dari pengalaman
pertama yang dirancang oleh guru untuk membantu kanak-kanak menjelajah adat
budaya mereka atau persekitaran fizikal sekitar mereka atau hasil dari kejadian
spontan seperti idea kanak-kanak atau soalan kepada guru. Hampir setiap
pengalaman yang membangkitkan minat kanak-kanak boleh menjadi asas projek.
Projek dilakukan secara mendalam dan terperinci, menggunakan variasi dalam
kaedah penyelidikan dan sebuah gambaran pilihan dan sebuah bentuk grafik. Untuk
melengkapkan proses penyiasatan atau penyelidikan melalui projek jangka panjang
ini adalah kreativiti kanak-kanak dalam menggunakan bahan untuk menunjukkan dan
menyampaikan pembelajaran mereka, menggunakan bahasa.
Setiap
langkah aktiviti kanak-kanak, guru memerhati, berbincang dan menafsirkan
bersama hasil pemerhatian mereka, yang seterusnya membuat pilihan yang baru
untuk ditawarkan kepada kanak-kanak. Dengan membincangkan dalam kumpulan dan
memerhati semula pengalaman-pengalaman dan idea-idea kanak-kanak akan membesar
dengan pemahaman mereka.
(Dengan
catatan bahawa banyak perkara terjadi di dalam kelas selain melakukan projek,
sementara projeknya sendiri memerlukan sebahagian waktu dalam sehari. Waktu
lain dihabiskan dalam aktiviti prasekolah tradisional, misalnya permainan drama
dalam ruang yang sebenar, permainan angka, waktu membaca, menulis, bermain
dengan penuh semangat , tanggung jawab di sekolah dan hanya bercakap dengan
rakan-rakan).
Sokongan dan Penglibatan Orang Dewasa
Reggio
Emilia menganggap kanak-kanak adalah penting dalam masyarakat.
Penglibatan masyarakat juga diperlukan sebagai ahli jawatankuasa sekolah yang
memberikan pengaruh ketara pada polisi kerajaan dan daerah.
Ibu
bapa sebagai 'cermin peranan masyarakat', baik di peringkat sekolah mahupun
peringkat kelas. Ibu bapa diharapkan menyertai dalam perbincangan tentang
polisi sekolah, perkembangan kanak-kanak, kurikulum perancangan dan penilaian.
Kerana majoriti ibu bapa yang bekerja pada siang hari, pertemuan diadakan di
malam hari sehingga semua dapat ikut menyertai.
Beberapa Ciri Utama Awal Kanak-Kanak dalam
Program Reggio Emilia:
1. Peranan persekitaran sebagai guru
ketiga
a. Dalam pendekatan Reggio Emilia, para
pendidik sangat prihatin dengan apa yang ada di persekitaran sekolah mereka dan
dalam mengajar kanak-kanak. Oleh kerana itu, perhatian yang sangat besar
diberikan untuk ruang kelas. Hal ini sering merujuk pada persekitaran
sebagai guru ketiga.
b. Keindahan estetika dalam kelas-kelas
dianggap sebagai bahagian penting sebagai wujud dan menghargai kanak-kanak
serta persekitaran pembelajaran mereka.
c. Suasana kelas yang ceria.
d. Guru mengatur persekitaran yang menggalakkan
kanak-kanak untuk melakukan penerokaan yang panjang dan penyelesaian masalah,
dibuat dalam kelompok kecil, di mana terdapat kerjasama dan persaingan.
e. Dokumentasi hasil kerja kanak-kanak,
tanaman, dan koleksi yang telah mereka buat dipamerkan dalam kelas.
2. Beberapa Bahasa Simbolik Kanak-kanak
a. Seni digunakan sebagai bahasa simbolik yang
akan digunakan untuk mengekspresikan pemahaman mereka dalam projek yang telah
mereka lakukan.
b. Sesuai dengan teori Howard Gardner mengenai
kecerdasan majmuk, pendekatan Reggio Emilia menggunakan integrasi seni grafik
sebagai alat untuk mengembangkan kecerdasan linguistik, sosial, dan kognitif.
c. Persembahan konsep dan hipotesis dalam
beberapa bentuk seperti cetak, seni, pembinaan, drama, muzik, dilihat sebagai
hal yang penting untuk pemahaman anak-anak.
3. Dokumentasi bersistematik dan kolektif
a. Mendokumentasikan dan memaparkan hasil kerja
kanak-kanak, di mana kanak-kanak mengekspresikan, membangun, dan membina
perasaan serta idea-idea dan pemahaman mereka
b. Serupa dengan pendekatan portfolio,
dokumentasi hasil kerja kanak-kanak dalam proses perkembangan dipandang sebagai
alat penting dalam proses pembelajaran untuk kanak-kanak, guru, dan ibu bapa.
c. Gambar kanak-kanak terlibat dalam
pengalaman, kata-kata mereka apabila mereka membincangkan apa yang mereka
lakukan, perasaan, pemikiran, tafsiran pengalaman kanak-kanak melalui media
visual dipaparkan sebagai persembahan grafik dinamik pembelajaran.
d. Guru bertindak sebagai perakam untuk
kanak-kanak, membantu mereka melayari dan meninjau kembali kata-kata dan
tindakan dengan menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.
4. Projek jangka panjang
a. Menyokong dan memperkayakan anak-anak melalui
projek jangka pendek (satu minggu) dan jangka panjang (sepanjang tahun
sekolah), di mana dalam mengerjakan projek ini kanak-kanak akan memberi
respons, dirakam, bermain, meneroka, membina dan menguji hipotesis, dan
menyatakan apa yang terjadi.
b. Projek yang berpusat pada kanak-kanak,
mengikut minat mereka, akan menambah wawasan baru.
c. Selama projek berlangsung, guru membantu
kanak-kanak membuat keputusan tentang arah kajian, cara-cara kumpulan akan
melakukan penyelidikan terhadap topik, media perwakilan yang akan menunjukkan
dan memaparkan topik.
5. Guru sebagai penyelidik
a. Peranan guru dalam pendekatan Reggio Emilia
sangat kompleks. Bekerja sebagai wakil guru, peranan yang pertama dan utama
adalah belajar bersama kanak-kanak. Guru adalah penyelidik, sumber daya dan
panduan apabila guru meminjamkan kemahiran mereka kepada kanak-kanak.
b. Peranan guru menjadi pendidik yang
mendengar, melihat, dan mendokumentasikan pekerjaan dan pertumbuhan kanak-kanak
di dalam kelas dan merangsang pemikiran anak-anak.
c. Guru mempunyai komitmen untuk menggambarkan
bagaimana akan mengajar.
d. Di kelas, guru bekerja berpasangan dan
kerjasama, berkongsi maklumat dan memerhati bersama pembantu.
6. Hubungan Rumah dengan Sekolah
a. Kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat yang
interaktif serta bekerja sama.
b. Komunikasi dan interaksi dapat memperdalam
penyelidikan kanakk-anak dan membina teori tentang dunia di sekitar mereka
c. Program dalam pendekatan Reggio Emilia
adalah berpusat pada keluarga. Visi dari pendidikan didasarkan pada hubungan
yang memberi tumpuan pada setiap kanak-kanak dalam kaitannya dengan orang lain
dan berusaha untuk menghidupkan dan menyokong hubungan timbal balik kanak-kanak
dengan kanak-kanak yang lain, keluarga, guru, masyarakat, dan alam sekitar.
Prinsip Pembelajaran
Pendidikan berdasarkan pada komunikasi dalam
hubungan guru -kanak-kanak, ibu bapa – kanak-kanak, guru - ibu bapa. Hal
ini mewujudkan persekitaran belajar yang sangat kaya bagi semua pihak yang
terlibat. Dalam pendekatan Reggio Emilia, guru adalah seorang penyelidik dan
sekolah dipandang sebagai tempat kajian dan berkongsi pembinaan nilai dan
makna.
Pendekatan Reggio Emilia banyak diterima sebagai program pra-sekolah.
Pendekatan Reggio Emilia banyak diterima sebagai program pra-sekolah.
A. Prinsip-prinsip Reggio Emilia yang berpusat pada kanak-kanak.
1. Kanak-kanak harus mempunyai kawalan atas
pembelajaran mereka.
2. Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak,
mendengar dan melihat.
3. Kanak-kanak mempunyai hubungan yang rapat
dengan kanak-kanak lain
4. Kanak-kanak harus mempunyai peluang untuk
mengekspresikan diri.
B. Pendekatan Reggio Emilia memerhatikan
perkembangan kanak-kanak dan hubungannya dengan persekitaran mereka.
Ia dibahagikan kepada tiga iaitu:
a. Peranan persekitaran fizikal
Tujuan utama dalam perancangan ruang baru dan
pengubahsuaian yang lama merangkumi integrasi dari kelas masing-masing
dengan sekolah, dan sekolah dengan masyarakat. Pentingnya persekitaran
hidup terletak pada keyakinan bahawa anak-anak boleh mewujudkan makna terbaik
dan memahami dunia mereka melalui persekitaran yang menyokong; kompleks,
pelbagai, berterusan, dan mengubah hubungan antara manusia, dunia pengalaman,
idea-idea dan banyak cara untuk mengungkapkan idea. Ruang atau tempat yang
digunakan dan segala sesuatu harus boleh menarik dan mengundang minat
kanak-kanak namun tetap mengandungi unsur pendidikan. Kanak-kanak dan ibu bapa
juga bekerja sama untuk mengumpulkan dan menguruskan bahan-bahan permainan di
sekitar persekitaran yang akan digunakan.
b. Peranan alam sekitar sebagai guru
Dalam REA, para pendidik sangat memperhatikan
persekitaran sekolah kerana persekitaran sekolah ini juga berperanan sebagai
mendidik para pelajar. Penampilan dan keadaan kelas pun akhirnya menjadi
keutamaan tersendiri pula. Bahkan, persekitaran sekolah sering disebut sebagai
guru ketiga. Keindahan dan keceriaan persekitaran di dalam sekolah dianggap
sebagai bahagian penting dari rasa hormat kepada pelajar dan persekitaran
pembelajaran mereka.
Suasana di dalam kelas ceria dan penuh dengan
kegembiraan. Guru mengatur agar persekitaran belajar menggalak dan mencabar
pelajar dalam eksplorasi dan penyelesaian masalah, biasanya dalam
kelompok-kelompok kecil di mana kerjasama dan perbezaan pendapat bercampur
namun tetap menyenangkan.
Hasil kerja kanak-kanak, atau tanaman yang
mereka tanaman, atau koleksi barangan yang dikumpulkan kanak-kanak dari alam
dipaparkan di kelas dan persekitaran sekolah agar boleh dilihat oleh pelajar,
guru dan ibu bapa. Terdapat kawasan bersama atau serba guna di sekolah yang
boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk pelbagai aktiviti seperti pementasan
drama atau hanya berkumpul dengan kanak-kanak dari kelas lain untuk belajar
bersama.
C. Ibu bapa merupakan komponen penting dalam
pendekatan ini.
Ibu bapa dipandang sebagai rakan kongsi,
penyumbang untuk anak-anak mereka. Guru menghormati setiap ibu bapa sebagai
guru pertama dan melibatkan mereka dalam setiap aspek kurikulum. Hal ini dapat
dilihat melalui penyertaan ibu bapa di dalam kelas. Program Reggio Emilia menggabungkan
prinsip-prinsip dalam mengasuh kanak-kanak dan kehidupan rumah.
Peranan Guru dalam Pendekatan Reggio Emilia:
a) Membina pengetahuan dan pemahaman
kanak-kanak.
b) Menggalakkan agar kanak-kanak mengeluarkan
idea-idea, cara menyelesaikan masalah dan konflik.
c) Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak
belajar dengan aktiviti perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan
kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat
dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya duduk diam dan mengamati
kanak-kanak belajar.
d) Menetapkan kelas dan benda-benda yang ada di
kelas agar menjadi tempat yang menyenangkan.
e) Menetapkan jenis barang-barang di kelas agar
dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai benda-benda yang akan
digunakan.
f) mendokumentasikan perkembangan kanak-kanak
melalui visual, videotape, tape recorder, dan portfolio.
g) Apabila melakukan projek dengan kanak-kanak,
guru juga dapat memperluaskan kanak-kanak belajar dengan mengumpulkan data
seperti gambar, nota, video, dan perbualan yang boleh dimainkan semula di waktu
lain.
h) Membantu kanak-kanak melihat hubungan yang
ada antara pembelajaran dan pengalaman yang di dapatnya.
i) Guru perlu tetap aktif, sentiasa bersama
dalam kegiatan kanak-kanak untuk membantu memastikan bahawa kanak-kanak
memahami dengan jelas apa yang sedang;diajar.
j) Membantu kanak-kanak mengekspresikan
pengetahuan yang mereka dapatkan atau miliki melalui bentuk-bentuk persembahan.
k) Membentuk hubungan yang baik dengan
guru-guru lain dan para ibu bapa.
Objektif Pembelajaran Dalam Pendekatan Reggio Emilia:
a) Menghubungkan kekuatan idea-idea dan hak-hak
kanak-kanak, potensi, dan sumber-sumber yang seringkali terabai.
b) Memperkenalkan kajian, penyelidikan,
eksperimen dalam pembelajaran dengan konteks pembelajaran yang aktif,
konstruktif dan kreatif.
c) Meningkatkan profesionalisme guru, menyokong
suatu kesedaran yang tinggi terhadap nilai-nilai kerjasama dan kebermaknaan
hubungan antara kanak-kanak dan keluarganya.
d) Menjadikan topik utama dari nilai-nilai
penyelidikan, pemerhatian, interpretasi dan dokumentasi dari pengetahuan yang
dibina dari proses berfikir kanak-kanak.
e) mengatur kunjungan terbimbing ke dalam
program pendidikan, pameran budaya, seminar, dan kursus-kursus dalam issue
pendidikan dan budaya awal kanak-kanak
Struktur Program
Tidak semua kanak-kanak diharapkan dapat
melakukan perkara yang sama dan perbuatan merekalah yang dinilai. Mereka
melakukan aktiviti dalam kumpulan-kumpulan kecil, sendiri, di dalam atau di luar,
atau di tengah bilik atau di serambi.
Di persekitaran prasekolah, kanak-kanak
dibahagi dalam kelas-kelas. Satu kelas terdiri daripada 25 kanak-kanak dengan 2
guru pendamping. Kumpulan ini terdiri dari kanak-kanak, guru-guru, dan
keluarganya yang terlibat bersama untuk 3 tahun masa sekolah. Kenaikan tingkat
kelas setiap tahun sesuai dengan keperluan kanak-kanak yang semakin bertambah
dan berdasar pada minat kanak-kanak.
Ketika pelaksanaan projek berkembang, guru-guru
berhati-hati dalam membuat kelompok-kelompok kecil, biasanya tidak lebih dari 5
orang. Mereka percaya bahawa melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil
membolehkan kanak-kanak untuk memahami rentak dan gaya berkomunikasi. Konflik
yang berlaku tanpa kawan sebaya-perlawanan, pembinaan semula idea-idea
dan hipotesis-hipotesis-terlihat tidak hanya sebagai kegiatan belajar
sosialisasi tapi sebagai sebahagian dari proses kognitif.
Keceriaan Kelas:
Banyak perhatian diberikan untuk paparan dan
keadaan kelas dalam pendekatan Reggio Emilia. Tujuannya adalah untuk mencipta
suasana yang menyenangkan, di mana kanak-kanak, keluarga dan guru merasa
difahami dan santai. Persekitaran dipandang sebagai unsur penting daripada
pendidikan dan merupakan cermin dari budaya sekolah dari masa ke masa. Fokus
pada persekitaran mewakili atau merupakan cermin kepada nilai-nilai
estetika, organisasi, perhatian, komunikasi dan interaksi.
Atelier (Makmal)
Salah satu inovasi utama dari pendekatan Reggio
Emilia adalah Atelier, sebuah studio dan makmal sekolah. Atelier adalah tempat
untuk bereksperimen dengan bahasa visual tertentu atau pun gabungan, dengan
atau tanpa kombinasi dengan bahasa verbal. Ada mini-ateliers di sebelah setiap
kelas, yang digunakan untuk projek-projek sambungan. Ateliers ini dilengkapi
dengan tanah liat, kawat, cat, pena, kertas, manik-manik, kerang dan pelbagai
bahan kitar semula yang digunakan oleh kanak-kanak dalam jangka pendek
mahupun projek-projek jangka panjang dengan tujuan untuk mengekspresikan
seratus bahasa kanak-kanak.
Tujuan keceriaan kelas Reggio Emilia adalah
proses belajar dilakukan dalam suasana bermain yang menyenangkan, tanpa tekanan
dan paksaan, dan anak-anak berada dalam lingkungan eksplorasi yang sangat kaya.
Mereka menjadi seniman, ahli sejarah, penyelidik, dan lain-lain, kegiatan yang
membuktikan bahawa sebenarnya - apabila diberi kesempatan kanak-kanak akan
menunjukkan kepintaran mereka.
Kesimpulan
Teras kurikulum Reggio Emilia adalah
perancangan projek sebagai hasil dari minat kanak-kanak terhadap sesuatu
perkara. Projek ini terhasil dari pengalaman pertama yang dirancang oleh guru
untuk membantu kanak-kanak menjelajah adat budaya mereka atau persekitaran
fizikal sekitar mereka atau hasil dari kejadian spontan seperti idea
kanak-kanak atau soalan kepada guru. Prinsip pembelajaran Reggio Emilio terdiri
dari 3 asas utama iaitu pendidikan yang berpusat pada anak dan
memperhatikan perkembangan kanak-kanak serta hubungannya dengan persekitaran
mereka yang dibahagikan kepada dua iaitu peranan persekitaran fizikal dan
peranan persekitaran sebagai guru.
Selain itu, ibu bapa juga merupakan komponen
penting dalam pendekatan Reggio Emilia di mana dalam penyusunan kelas yang
berasaskan Reggio Emilia, proses belajar dilakukan dalam suasana bermain yang
menyenangkan, tanpa tekanan dan paksaan, dan kanak-kanak berada dalam
lingkungan eksplorasi yang sangat banyak. Mereka menjadi seniman, ahli sejarah,
penyelidik, dan lain-lain aktiviti yang membuktikan bahawa sebenarnya - apabila
diberi kesempatan kepada kanak-kanak, mereka akan menunjukkan kepintaran
mereka..
No comments:
Post a Comment