Pengenalan
Head
Start merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang utama (Federal Programme) diperkenalkan oleh
kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1965. Sejak ditubuhkan sehingga tahun
2003, Head start telah memberi perkhidmatan kepada 21 juta kanak-kanak yang
kurang berkemampuan dari aspek ekonomi.
Di
awalnya ia merupakan program pada musim panas dan akhirnya berkembang menjadi
sebuah program yang komprehesif untuk kanak-kanak. Head start mendapat sokongan
dan galakan dari yang kuat dari pembuat dasar di Amerika Syarikat. Menurut
Zigler dan Muenchow 1992,Head Start dikenali sebagai “ the most important social and educational experiment of the second
half of the twentieth century”.
Matlamat Porgram
Head start.
Head
Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran
bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Empat domain
utama yang ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal.Head start cuba
menghasilkan kanak-kanak yang berkembang secara menyeluruh.
Disamping
itu matlamat utama program Head Start ialah membina kesediaan kanak-kanak ke
sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang
dirasakan perlu.Beberapa penambahbaikan program telah dibuat seperti penggunaan
standard prestasi yang bertujuan memastikan kanak-kanak mencapai standard
minimum yang diharapkan iaitu menguasai fonem dalam bahasa, bahan
bercetak,numerasi, komunikasi dengan baik, dapat menggunakan perbendaharaan
kata dengan baik dan menguasai bahasa inggeris dengan baik bagi kanak-kanak
yang menggunakannya sebagai bahasa ke dua.
Pada
tahun 2000, Biro Head start telah memperkenalkan Child Outcome Framework yang mengandungi 8 domain utama, 27 domain
elemen 100 indikator kemahiran,kemampuan, pengetahuan dan tingkahlaku untuk
kanak-kanak berumur 3 – 5 tahun.
Organisasi dan skop
semasa program Head Start
Dalam
tahun 2002 program Head Start telah memberi perkhidmatannya kepada 912,345
kanak-kanak dari 50 buah negeri termasuk daerah di Columbia,Puerto Rico dan
Kepulauan Virgin.Terdapat sejulah 18,865 Pusat Head start dan sejumlah 49,800
buah kelas.Seramai 198,000 kakitangan dan 1.4 juta sukarelawan yang berkhidmat
untuk program Head Start.
Majoriti kanak-kanak yang menerima perkhidmatan
Head Start adalah yang berusia 4 tahun sebanyak 52% manakala 3 tahun adalah
sebanyak 36%. Kebanyakan Head Start menawarkan perkhidmatan separuh hari
persekolahan, tetapi ada ia sedang berkembang untuk menjadikan program satu
hari penuh.Kebiasaannya lawatan ke rumah akan dibuat sebanyak 2 kali setahun
bagi setiap kanak-kanak.
Head
Start secara amnya mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanak-kanak yang
disarankan oleh Persatuan Pendidikan kanak-kanak kebangsaan (Bredekamp&
Copple,1997).Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan kebolehan kanak-kanak dengan
aktiviti yang diarah oleh guru sama ada dalam aktiviti kelas,kumpulan dan
individu. Sosiemosi pula dibina dengan cara membina kepercayaan, sifat
berdikari dan kawalan diri.Kanak-kanak juga akan melalui pengalaman
eksperimen,inkuiri penemuan,pemerhatian, main dan eksplorasi. Kanak-kanak juga
diberi peluang mengekspreskan diri secara kreatif melalui aktiviti seni,muzik
dan dialog. Tujuan program Head start diadakan di bilik darjah adalah untuk
memastikan masa yang mencukupi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran,ruanng pembelajaran yang baik,dan juga peralatan yang mencukupi
manakala program di rumah bertujuan untuk ibubapa supaya menghargai nilai
perkembangan fizikal dan memberi persekitaran yang selamat dan aktiviti main
yang aktif.
Secara
amnya,kurikulum yang digunapakai oleh Head start adalah komprehensif dan mampu
menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah kelak. Pada tahun 2002,Biro Head
Start telah memperkenalkan Program Strategik Pendidikan untuk Guru (STEP)
bertujuan untuk memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan
bertujuan mengkoordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan
swasta.Program lawatan ke rumah diadakan bertujuan membantu ibubapa
Disamping itu Head menyediakan beberapa
kemudahan untuk kanak-kanak dan keluarga seperti perkhidmatan klinik kesihatan,
kesihatan mental,Nutrisi, perkhidmatan untuk kanak-kanak bekeperluan khas,
perpustaakan,muzium dan perniagaan yang boleh membantu ekonomi keluarga.
Keberkesanan Program
Head Start.
Sejak program Head start diperkenalkan pada
tahun 1965, banyak kajian dan penyelidikan telah dilaksanakan oleh badan dan
organisasi yang ingin melihat keberkesanan program tersebut. Kajian pertama
telah dilaksanakan oleh Westinghouse Learning Corporation (1969). Pada tahun
1985 sebanyak 210 laporan yang diterbitkan dan tidak diterbitkan mengenai Head
Start mendapati peningkatan dan nilai tambah terhadap perkembangan kognitif,
keupayaan, pencapaian motivasi, sikap menghargai diri, tingkahlaku social dan
indikator berkaitan kesihatan. Disamping itu ia juga menunjukkan peningkatan
terhadap peranan keibuan dan masyarakat. Walaubagaimanapun menurut
Mckey,Condelli (1985) tiada bukti yang jelas menunjukkan ia adalah berpunca
dari peranan program Head Start. Ini kerana daripada 210 laporan yang
disintesis hanya 72 buah laporan yang menjelaskan tentang peningkatan kognitif
manakala 17 laporan menjelaskan tentang perkembangan sosioemosi.
Masa Depan Head
Start.
Program Head Start menghadapi pelbagai cabaran
dalam usaha membina kesediaan kanak-kanak ke sekolah dan bertanggungjawab
terhadap keperluan keluarga yang berpendapatan rendah mengikut peredaran
zaman.Berdasarkan penubuhannya, soalan seringkali diajukan mengenai kualiti dan
fokus program head Start terhadap persediaan kanak-kanak untuk ke sekolah.
Presiden George W. Birch melancarkan perancangan semula Pelan Pendidikan yang
menekankan keperluan menyediakan kanak-kanak kemahiran membaca dan Berjaya di
sekolah melalui peningkatan program pendidikan awal kanak-kanak termasuk
program Head Start. Dalam pelan tersebut beberapa strategi telah diperkenalkan
untuk mengukuhkan lagi program Head Start seperti merangka Good
Start, Grow Smart Initiative, termasuk sistem akuntabiliti untuk memastikan
semua Head Start mecapai standard literasi awal, bahasa dan kemahiran numerasi.
( U.S department Of Health and Human Services, 2004). Selain itu pelan yang
dilaksanakan termasuk program STEP yang bertujuan untuk menyelaraskan
pendidikan awal kanak-kanak dengan
sekolah kerajaan agar mempunyai kesinambungan.
Selain itu Head Start perlu mengikuti perubahan
keperluan keluarga yang berpendapatan rendah dan keluarga yang hidup dalam
kemiskinan. Golongan tersebut memerlukan pusat asuhan untuk bayi dan
kanak-kanak yang lengkap. Secara kesimpulannya, program Head Startr perlu
mempertahan dan mengukuhkan peranannya sebagai
National Laboratory untuk memperkembangkan model baru berkaitan
program inovatif untuk kanak-kanak dan keluarga. Head Start juga harus
memperkukuhkan kerjasama dengan institusi dan sumber-sumber lain dalam usaha
kearah mencapai kejayaan. Washingston dan Oyemade 1995 menegaskan bahawa Head
Start bukanlah “panacea for poverty”
ataupun penawar kemiskinan. Untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dan
pencapaian dalam pembelajaran tidak hanya dengan meransang bilik darjah tetapi
memerlukan sokongan dan hubungan antara kanak-kanak dan ibubapa dan sokongan
masyarakat yang mengambil berat tentang keluarga dan persekitarannya.
Implikasi
Pelaksanaan Program Head Start Di Malaysia.
Pendidikan
awal kanak-kanak di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu asuhan (0-4 tahun) dan
pendidikan awal (4 -6 tahun) yang dikenali sebagai tadika dan prasekolah.Walau
pelbagai nama diberikan terhadap pendidikan awal tersebut, namun matlamat dan
fokus adalah sama iaitu menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak yang berumur 4
hingga 6 tahun. ( Laporan Education For
All, MOE 2010). Persamaan yang dapat kita lihat ialah perkhidmatan yang
disediakan oleh Head Start kepada bayi dan juga kanak-kanak.
Di Malaysia, PERMATA NEGARA merupakan sebuah
program asuhan untuk bayi dan kanak-kanak berumur sehingga 4 tahun.Program
PERMATA NEGARA merupakan satu usaha membekalkan pendidikan awal yang
komprehensif yang diperkenalkan oleh Isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu
Datin Seri Rosmah Mansur dan diletakkan di bawah seliaan jabatan Perdana
Menteri. Sasaran utama program tersebut adalah untuk golongan yang
berpendapatan rendah dan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan
asuhan yang berkualiti. PERMATA telah dilaksanakan pada tahun 2008 dan
dianggarkan lebih kurang 27 pusat PERMATA negara beroperasi di Malaysia dan
dalam usaha memperkembangkan ke semua TASKA yang beroperasi di Malaysia.
Pendidikan Prasekolah ataupun Tabika dan
Tadika di Malaysia dilaksanakan oleh tiga kementerian yang utama iaitu
kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah
dan Jabatan Perpaduan Negara.Tadika swasta yang merupakan penyedia perkhidmatan
yang pendidikan untuk kanak-kanak yang terawal di negara ini terletak dan
tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian
Pelajaran telah menghasilkan kurikulum yang komprehensif untuk kanak-kanak dan
ia digunapakai oleh semua tadika yang beroperasi di negara ini.
Seperti
juga Head Start, peranan pembuat dasar adalah banyak di dalam menghasilkan
pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak di Malaysia. Inisiatif telah
dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke – 10, Pelan Transformasi Kerajaan,
NKRA dan NKEA di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin
Tun razak.
Namun
demikian perbezaan yang dapat dilihat ialah penglibatan ibu bapa dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Program Head Start menekankan
kesinambunangan pembelajaran di bilik darjah dan di rumah. Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam membantu perkembangan anak-anak mereka. Di awal
Malaysia, penglibatan ibu bapa di peringkat awal pendidikan masih kurang dan kerjasama
yang diberikan oleh ibubapa masih perlu dipupuk.Ibu bapa agak kurang terlibat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Tanggungjawab sebahagian
besarnya hanya diserahkan kepada guru untuk memperkembangkan potensi anak- anak
mereka.
Rerensinya dari buku apa?
ReplyDelete