Akademi Pediatrik
Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2
tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya
sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.Bagaimanapun, kanak-kanak dan
remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5
kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam
nyawa.Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak
bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan
10 sebab:-
1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2
tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang
hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan
oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan
kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada
teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait
rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif
lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan
kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008,
Pagini 2010).
2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet
mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang
dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan
terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP
EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar
(Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung
untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan
2010).
Ini kerana apabila mereka
menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk
menulis.Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti
menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot
tangan mereka menjadi lemah.
Penyelidik dari
Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi
muda berdepan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan
apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar.Kajian
menunjukkan hampir tiga perempat daripada kanak-kanak sekolah rendah dan dua
pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami masalah pada
bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu.
3. Obesiti Epidemik
Permainan video
dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005).
Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 %
lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada
dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak
obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian
yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan
jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan
obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati
dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).
4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak
mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak
dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75%
kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak
negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).
5. Penyakit mental
Penggunaan
teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan
kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan
kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak
bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011,
Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis
mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell
2007).
6. Keagresifan
Kandungan media
yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007).
Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual
dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada
perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas,
begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan
keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual
kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan
media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana
keagresifan yang sukar dikawal.
7. Demensia Digital
Kandungan media
yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang
kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan
(Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan
perhatian dan tidak dapat belajar.
Menurut Prof
Bustam, berdasarkan penyelidikan didapati penggunaan komputer boleh
mengurangkan kreativiti kanak-kanak jika mereka menggunakan perisian secara
latih tubi. Ini terbukti menerusi satu kajian dijalankan terhadap penggunaan
perisian latih tubi di bilik darjah yang menunjukkan kanak-kanak mengalami
penurunan 50 peratus daripada segi kreativiti.
“Sekiranya mereka menggunakan bahan perisian secara terbuka, ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka. Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,” jelasnya.
“Sekiranya mereka menggunakan bahan perisian secara terbuka, ini tidak akan menjejaskan kreativiti mereka. Namun tidak semua pendidik dan ibu bapa mendapat pendedahan pemilihan bahan perisian yang bersesuaian untuk kanak-kanak,” jelasnya.
8. Ketagihan
Apabila ibu bapa
lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari
anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri
mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari
11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).
9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan
kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser
berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee
dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak
adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan
otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak
sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada
Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto
mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut
di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar),
bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon
untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi,
sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP
2013).
10. Menghadkan hubungan sosial.
Menurut Dr Fauziah
Hanim Jalal dalam Parenting Talk Kesan ICT Terhadap Kesejahteraan
Kanak-Kanak, 29 November 2013, antara keburukan ICT terhadap kanak-kanak
adalah menghalang perkembangan kecerdasan interpesonal (hubungan sesama
manusia), kurang berkomunikasi dengan rakan sebaya. Ini kerana mereka hanya
duduk bermain tanpa menggunakan otak. Mereka juga akan memikirkan bagaimana
dapat menang. Daripada sudut sosio emosi, kanak-kanak akan mempunyai sifat
pentingkan diri sendiri dan tidak ingin mengalah.
Sekiranya perkara ini diadaptasi dalam kehidupan seharian sebagai contoh di tadika, kanak-kanak seperti ini tidak mahu berkongsi barang permainan dan jika menyertai pertandingan, mereka akan cuba mendominasi pertandingan itu tanpa rasa ingin kalah.
Selain itu, meluangkan banyak masa di hadapan komputer akan menyebabkan kurang masa berkomunikasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Pada hal kemahiran komunikasi pada usia kanak-kanak sangat penting bagi membangunkan kemahiran sosial mereka seperti memerhati, mendengar dan berbual dengan orang lain.
Sekiranya perkara ini diadaptasi dalam kehidupan seharian sebagai contoh di tadika, kanak-kanak seperti ini tidak mahu berkongsi barang permainan dan jika menyertai pertandingan, mereka akan cuba mendominasi pertandingan itu tanpa rasa ingin kalah.
Selain itu, meluangkan banyak masa di hadapan komputer akan menyebabkan kurang masa berkomunikasi dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Pada hal kemahiran komunikasi pada usia kanak-kanak sangat penting bagi membangunkan kemahiran sosial mereka seperti memerhati, mendengar dan berbual dengan orang lain.
No comments:
Post a Comment